VISI & MISI PUSAT ISLAM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SEKOLAH PENDIDIKAN ISLAM KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)

 

VISI & MISI PUSAT ISLAM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEKOLAH PENDIDIKAN ISLAM

KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)

VISI

  • Untuk memberi peluang kepada ibubapa yang tidak berpeluang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Rendah Agama dalam Pengajian Islam.
  • Membantu memperkukuhkan lagi asas-asas pembelajaran dan Pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah Kebangsaan.

MISI

  • Untuk memastikan murid-murid boleh mengetahui, memahami dan mempelajari asas-asas Fardhu Ain serta mempraktikkan dengan sempurna di dalam kehidupan.
  • Untuk membolehkan murid-murid membaca Al-quran beserta tajwidnya dan boleh mengamati ibadat-ibadat khusus dan ibadat-ibadat umum serta menghayati akhlak Islamiah menurut Al-quran dan As-sunnah.
  • Untuk memastikan murid-murid yang telah tamat pengajian kelas SPI/KAFA dapat memahami dan beriktiqad dengan akidah Islamiah yang bertunjangkan Akidah Tauhid serta makrifatullah dan yakin dengan Rukun Iman dan beramal dengan Rukun Islam seterusnya menjadi insan yang berilmu, beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.

PERKELILING PAKAIAN SERAGAM MURID-MURID SEKOLAH PENDIDIKAN

AL-QURAN DAN FARDHU AIN (SPI KAFA)

NEGERI KEDAH TAHUN 2017

BIL 2/1990

 

1.     Merujuk kepada Pekeliling Bahagian Pelajaran Agama Bil 2/90 Bahagian Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman yang telah dipersetujui oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan menyeragamkan pakaian murid-murid Sekolah Pendidikan Islam sejak Tahun 1991.

2.     Pakaian seragam yang telah di putuskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman adalah seperti berikut:-

 

Murid Laki-laki

1.     Baju Melayu (Warna Biru Muda)

2.     Seluar Panjang (Warna Biru Muda)

3.     Songkok Hitam

4.     Kasut Putih

 

Murid Perempuan

1.     Baju Kurung (Warna putih)

2.     Kain Sarong (Warna Biru Muda)

3.     Mini Telekung (Warna Putih)

4.     Kasut Putih

 

Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Islam

Negeri Kedah Darul Aman

b/p: Dato’ Yang Di Pertua,

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

Negeri Kedah Darul Aman.








Comments